Selamat Datang Ke LHS Print Services

Selamat datang ke Laman LHS Print Services ~ Your Smart Printing ~ (CT0011417-X). Di LHS Print Services kami menyediakan perkhidmatan mencetak produk-produk cetakan 'Marketing Tool' serta produk-produk berkaitan seperti Banner / Bunting / Bisnes Kad / Brochure / Flyer / Kad Kahwin dan perkhidmatan yang seumpama dengannya untuk keperluan perniagaan / syarikat anda.

Perkhidmatan yang kami tawarkan juga amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan dan sangat berbaloi dengan apa yang bakal anda perolehi. 

Dengan teknologi yang canggih pada hari ini, anda boleh menempah Produk Cetakan untuk perniagaan anda hanya dari rumah anda.

Kami juga turut menerima rekabentuk (design) anda sendiri dan kami akan pastikan produk anda dicetak dengan mutu dan kualiti yang mungkin anda sendiri tidak menjangkakannya.


Cetakan Hijau (Green Printing)

Teras servis percetakan yang kami jalankan adalah tulen dan bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Untuk itu, dakwat cetakan yang digunakan adalah dari dakwat soya dan bebas daripada penggunaan alkohol.  Kami juga terus berusaha untuk menghapuskan pembaziran dalam setiap proses percetakan dan kini sedang mendapatkan status ISO 14001:2004.

Kami juga mengendalikan sistem bersepadu yang meliputi proses pengurusan alam sekitar, kawalan kualiti, dan prosedur kesihatan dan keselamatan untuk menggalakkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kedua-dua masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan di samping menghasilkan produk percetakan berkualiti tinggi.

Selain daripada percetakan hijau (Green Printing), kami juga membangunkan beberapa produk mesra alam yang tidak memudaratkan alam sekitar, sama ada dalam pengeluaran, penggunaan atau pelupusan. Sebahagian daripada produk cetakan yang dibuat adalah daripada bahan-bahan kitar semula.